Search

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Y...

  • Share this:

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang berjaya mencapai sasarannya untuk 80 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksin.

Seramai 18,766,340 individu atau 80.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.2 peratus atau 21,813,163 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

#COVID19 #JKJAV #LindungDiriLindungSemua


Tags:

About author
Ainie Haziqah | Social advocate | Managing Partner Nurainie Haziqah & Co | Ketua Wanita Muda Negara
Ketua Wanita Muda Negara Pusat Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Setiawangsa
View all posts